Khamis, 5 Jun 2008

Jimatkan Bil Telefon Dengan Happy Perpaid

BN Menang Kita Senang

Semalam menteri pengguna kata minyak naik bulan ogos. Tup tup badawi kata minyak naik hari ini. Gila, kurang siuman, mabuk atau apa ? Sekarang baru bulan june. Ada lagi satu bulan untuk persiapan kenaikan harga minyak.Tetiba saja naik mendadak sebanyak 80 sen (pengenapan nilai ringgit).

Syasas dan tahniah kepada penyokong BN. Kita tunggu ada sesiapa yang nak buat laporan polis atas kenaikan harga minyak ni.

Apa yg aku nak tulis ialah happy boleh menjimatkan minyak kenderaan. Masukan happy dalam tangki minyak, perjalanan lebih lancar, minyak lebih jimat.

Rabu, 4 Jun 2008

Kelebihan dan kekurangan DCS/GSM1800

Salah pilih teknologi

Berjaya Mutiara Telekom, Sapura ADAM dan MRCB Emartel menggunakan teknologi DCS1800. Kini disebut GSM1800. Binariang Maxis dan pemain paling terakhir sekali Celcom GSM menggunakan teknologi GSM900.

Celcom paling lambat sebab sudah melebur berjuta duit dalam ART900.

Ketiga pengendali GSM1800 gulung tikar kerana tak mampu menampung kos operasi yang tinggi. Frekuensi 1800mhz mempunyai lebih keupayaan menampung pengguna dan data tetapi masalah utama ialah liputan sekitar 5 km dari pemancar. Iklan ADAM memang canggih menunjukan kelebihan sistem DCS1800 tapi kalau no service apa guna ? Liputan terhad, penerimaan dalam bangunan juga buruk.

Berjaya Mutiara Telekom menjual kepentingan mereka kepada telenor asa dari Norway menjadi DiGi, Sapura ADAM jual kepada UMNO Renong Time Telekomunication menjadi TimeCell 017, Kemudian Umno TimeCell lelong TimeCell kepada Maxis dgn harga yang murah.

Kumpulan telekom malaysia pulak telah menutup perkhidmatan Mobifon 800 yang ketingalan zaman dan mengambil alih 013 Umno MRCB Emartel. Sekarang tahun 2008 Mobifon 800 masih lagi beroperasi sebagai TM-CDMA. Handpone yg menggunakan nombor telefon rumah. Liputan bergantung kepada kod kawasan. kalau daftar 07 tak boleh guna kawasan lain macam 09 06 03. TM juga ada fixed wireless bernama TM-Will menggunakan teknologi Erricson.

Isnin, 2 Jun 2008

Digi - Pertama Mencipta Sejarah

Asal Usul Digi

Pada zaman dahulu, sekitar tahun 1995 sistem telefon mudah alih di malaysia diterajui oleh Celcom ART 900 (ETACS) dan Mobikom 800 (D-AMPS). Celcom juara dengan liputan dimana jua. Mobikom pula sebuk memasang pemancar telekomunikasi di sana sini. ATUR450 (NMT450) tak popular sebab set telefon terlampau mahal rm2,000 ke atas.

Kedua celcom dan mobikom mempunyai liputan maksima sekitar 15km dari pemancar. Tentu sekali dgn bunyi putus-putus dan kerap juga tertukar talian dgn pengguna lain !

Kelebihan celcom ART900 ialah boleh mencari telefon bimbit penerima dengan cekap. Bila panggilan dibuat sistem mengambil tempoh 2 minit baru mengalah "nombor ART 900 yang anda hubungi tidak dapat dikesan atau berada diluar kawasan liputan". Kelemahan celcom pulak ialah bil sangat mahal. Bil bulanan rm60 + itemised billing + caj penggunaan + lain-lain caj + cukai. Perangai celcom sampai ke hari ini ialah lain-lain caj.

Mobikom pulak malas mengesan telefon penerima. Ada liputan pun 10 saat kemudian mobikom kata tidak dapat dihubungi. Kena dial lagi lima enam kali baru dapat. Kelebihan mobikom pula ialah bil murah. Tiada lain-lain caj. malah banyak kali dapat panggilan percuma. panggilan tak masuk dalam bil. Mobikom juga menerbitkan Airways 800 majalah percuma 3 bulan sekali.

Celcom dimiliki oleh Tajudin Ramli Industries Sdn Bhd. Mobikom pulak usahasama Telekom malaysia, Tabung Haji, Permodalan nasional Berhad, entah lupa satu lagi.

Pada suatu hari yang indah, tiba-tiba muncul sebutir mutiara dari dasar lautan. Mutiara Telekom dengan bangganya melancarkan DIGI. Sistem Telefon Mudah Alih Digital Sepenuhnya Pertama Di Malaysia. Gegak gempita seluruh negara.

Selepas itu baru muncul maxis binariang 012, Emartel MRCB 013, A.D.A.M Sapura 017 dan Celcom ART900 010.