Salah pilih teknologi
Berjaya Mutiara Telekom, Sapura ADAM dan MRCB Emartel menggunakan teknologi DCS1800. Kini disebut GSM1800. Binariang Maxis dan pemain paling terakhir sekali Celcom GSM menggunakan teknologi GSM900.
Celcom paling lambat sebab sudah melebur berjuta duit dalam ART900.
Ketiga pengendali GSM1800 gulung tikar kerana tak mampu menampung kos operasi yang tinggi. Frekuensi 1800mhz mempunyai lebih keupayaan menampung pengguna dan data tetapi masalah utama ialah liputan sekitar 5 km dari pemancar. Iklan ADAM memang canggih menunjukan kelebihan sistem DCS1800 tapi kalau no service apa guna ? Liputan terhad, penerimaan dalam bangunan juga buruk.
Berjaya Mutiara Telekom menjual kepentingan mereka kepada telenor asa dari Norway menjadi DiGi, Sapura ADAM jual kepada UMNO Renong Time Telekomunication menjadi TimeCell 017, Kemudian Umno TimeCell lelong TimeCell kepada Maxis dgn harga yang murah.
Kumpulan telekom malaysia pulak telah menutup perkhidmatan Mobifon 800 yang ketingalan zaman dan mengambil alih 013 Umno MRCB Emartel. Sekarang tahun 2008 Mobifon 800 masih lagi beroperasi sebagai TM-CDMA. Handpone yg menggunakan nombor telefon rumah. Liputan bergantung kepada kod kawasan. kalau daftar 07 tak boleh guna kawasan lain macam 09 06 03. TM juga ada fixed wireless bernama TM-Will menggunakan teknologi Erricson.
Rabu, 4 Jun 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan